|
PDS Resort & Camp Sdn.
Bhd. (PDSRC) ialah syarikat pengurusan bagi PDS
Apartment, PDS Training Center dan Kem PLKN PDS yang
kedua-duanya terletak di Pasir Panjang, Port
Dickson. Lokasinya begitu menarik, kerana terletak
di persisiran pantai Selat Melaka. PDSRC merupakan
sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya.
PDS Apartment telah dimajukan oleh syarikat Sembilan
Marine Resort Sdn. Bhd. Manakala Pusat Latihan Bina
Semangat Kompleks UNITI (PDS Training Center) pula
telah dipajakkan kepada pihak PDSRC oleh pihak
syarikat UNITI Sdn Bhd. daripada Kerajaan Negeri
Sembilan Darul Khusus.
PDSRC beroperasi di dua kawasan. Lokasi pertamanya
terletak di PDS Apartment, Tanjung Agas, Pasir
Panjang, Port Dickson.Ia mempunyai sebuah blok pentadbiran dan pengurusan
resort. Resort ini juga dilengkapi dua buah kolam
renang berasingan untuk lelaki dan wanita.Selain
daripada itu terdapat sebuah kolam buatan yang
dijadikan kawasan untuk berkayak. Antara aktiviti
yang boleh dijalankan di sekitar PDS Apartment ialah
seperti berbasikal, merempuh halangan dan permainan
minda/inisiatif. Bagi golongan kanak-kanak mereka
boleh bermain di pusat permainan video yang telah
disediakan khusus untuk mereka.
Lokasi keduanya pula ialah Pusat Latihan Bina
Semangat yang dikenali sebagai Kompleks UNITI yang
terletak di Kampung Teluk, Pasir Panjang, Port
Dickson, Negeri Sembilan. Ketika ini Kompleks UNITI
ini merangkumi dua pihak pentadbiran, iaitu Kolej
UNITI dan Kem Latihan Bina Semangat PDSRC. Pusat
Latihan ini mempunyai 2 buah unit asrama, 3 unit
chalet dan sebuah banglo. Pelbagai aktiviti lasak
dapat dijalankan di sini seperti flying fox,
abseiling, berakit, berkayak dan lain-lain lagi.
PDS Training Centre pula beroperasi di dalam kawasan
Hutan Simpan Pasir Panjang, tempat yang dahulunya
amat terkenal di kalangan pegawai kerajaan sebagai
Kem Membina Semangat antara lain menyimpan kenangan
di mana bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad sendiri pernah menjalani latihan di sana.
Kini, walaupun pembangunan pesat di sekitar Port
Dickson kawasan ini masih terpelihara dan dikawal
oleh Jabatan Hutan. Ia juga merupakan lokasi
perkhemahan yang popular manakala teluknya sering
digunakan untuk aktiviti berkayak dan berakit.
PDS Resort & Camp Sdn. Bhd. turut menawarkan pakej
cabaran yang menarik untuk kakitangan swasta dan
kerajaan, para pelajar sekolah dan pusat pengajian
tinggi. Terdapat arena latihan lasak untuk aktiviti
yang mencabar seperti abseiling, merempuh halangan
dan ujian ketabahan. Di samping itu turut
menyediakan kemudahan latihan termasuk chalet,
asrama, bilik seminar, dewan besar, surau dan medan
B.B.Q.
PDSRC turut bertanggungjawab dalam menggendalikan
Kem PLKN apabila pihak kerajaan membangunkan satu
program khas untuk golongan belia dan remaja
Malaysia menjadi golongan yang mempunyai jatidiri
dan pembinaan karekter yang kuat. |