PDS RESORT & CAMP SDN. BHD.  
   
 

Terletak bersebelahan dengan laut, pengunjung yang cintakan suasana kedamaian, ketenangan dan kelainan pasti akan tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan di sini. Tiga jenis penginapan yang ditawarkan di sini iaitu apertment jenis studio, satu bilik dan dua bilik memberikan lebih pilihan, sesuai dengan keperluan anda.

Bagi yang ingin mengadakan mesyuarat atau seminar, tersedia bilik seminar yang boleh menampung hingga 80 peserta. Selain dari kemudahan asas yang ditawarkan bagi sebuah resort aprtment, keunikan yang ketara di sini ialah pihak resort turut menawarkan kolam mandi berasingan di antara lelaki dan wanita. Kolam mandi wanita direka khusus dengan pagar tembok kayu yang tinggi supaya dapat memberikan suasana privasi yang sering diingini oleh kebanyakan pengunjung wanita. Untuk beriadah di waktu petang pula, kawasan lapang yang ada turut menyediakan gelanggang untuk bola tampar, bola jaring dan sepak takraw.

 
 

 
 

Untuk berkayak juga anda boleh menikmatinya di kawasan kolam yang terletak berdekatan dengan apartment. Untuk kaki pancing, percutian bersama pasti tidak menghampakan kerana sungai Linggi atau terusan-terusab kecil yang berdekatan menawarkan tapak memancing yang sesuai. Hanya bakat dan tuah badan yang bakal menghasilkan tangkapan lumayan.Beroperasi di dalam kawasan Hutan simpan Pasir Panjang, tempat yang dahulunya amat terkenal di kalangan pegawai kerajaan sebagai Kem Membina Semangat, antara lain menyimpan kenangan di mana Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah menjalani latihan di sini. Kini, walaupun pembangunan pesat di sekitar Port Dickson kawasan ini masih terpelihara dan dikawal oleh Jabatan Hutan, ia juga merupakan lokasi perkhemahan yang popular manakala teluknya sering digunakan untuk aktiviti berkayak dan berakit.

 
     
 

 
     
 

PDS Resort & Camp juga turut menawarkan pakej cabaran yang menarik untuk kakitangan swasta dan kerajaan, para pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi. Terdapat arena latihan lasak untuk aktiviti yang mencabar seperti abseiling, merempuh halangan dan ujian ketabahan. Di samping itu turut menyediakan kemudahan latihan termasuk chalet, bilik seminar, dewan besar, surau dan medan B.B.Q.

 
  Company News  
     
 
[20 Mar 09] :: Selamat Datang Kepada Pelatih PLKN ke Kem PDS Resort, Port Dickson
SATU HASRAT SATU SEMANGAT SATU TEKAD

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan "Selamat Datang" kepada pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 6 bagi tahun 2009 ke kem kami iaitu Kem PDS Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dianggarkan pada kali ini seramai 320 orang pelatih akan ditempatkan di Kem PDS Resort bagi Kumpulan 2 Siri 6/2009.

Oleh demikian pihak kami berharap agar semua pelatih dapat menjalani latihan dengan selamat dan berjaya mencapai matlamat serta hasrat kerajaan.

"Keep it up!!!!" smilie for :-P
posted on 20 Mar 09 @ 09:58 back to news
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

All Right Reserved©2003 PD Sanctuary Resort