| |
Terletak bersebelahan dengan laut, pengunjung yang
cintakan suasana kedamaian, ketenangan dan kelainan pasti akan
tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan di sini. Tiga jenis
penginapan yang ditawarkan di sini iaitu apertment jenis studio,
satu bilik dan dua bilik memberikan lebih pilihan, sesuai dengan
keperluan anda.
Bagi yang ingin mengadakan mesyuarat atau
seminar, tersedia bilik seminar yang boleh menampung hingga 80
peserta. Selain dari kemudahan asas yang ditawarkan bagi sebuah
resort aprtment, keunikan yang ketara di sini ialah pihak resort
turut menawarkan kolam mandi berasingan di antara lelaki dan wanita.
Kolam mandi wanita direka khusus dengan pagar tembok kayu yang
tinggi supaya dapat memberikan suasana privasi yang sering diingini
oleh kebanyakan pengunjung wanita. Untuk beriadah di waktu petang
pula, kawasan lapang yang ada turut menyediakan gelanggang untuk
bola tampar, bola jaring dan sepak takraw. |
|
| |
 |
|
| |
Untuk berkayak juga anda boleh
menikmatinya di kawasan kolam yang terletak berdekatan
dengan apartment. Untuk kaki pancing, percutian bersama
pasti tidak menghampakan kerana sungai Linggi atau
terusan-terusab kecil yang berdekatan menawarkan tapak
memancing yang sesuai. Hanya bakat dan tuah badan yang
bakal menghasilkan tangkapan lumayan.Beroperasi di dalam kawasan
Hutan simpan Pasir Panjang, tempat yang
dahulunya amat terkenal di kalangan pegawai
kerajaan sebagai Kem Membina Semangat, antara
lain menyimpan kenangan di mana Perdana Menteri
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah
menjalani latihan di sini. Kini, walaupun
pembangunan pesat di sekitar Port Dickson
kawasan ini masih terpelihara dan dikawal oleh
Jabatan Hutan, ia juga merupakan lokasi
perkhemahan yang popular manakala teluknya
sering digunakan untuk aktiviti berkayak dan
berakit. |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
PDS Resort & Camp juga turut menawarkan
pakej cabaran yang menarik untuk kakitangan
swasta dan kerajaan, para pelajar sekolah dan
pusat pengajian tinggi. Terdapat arena latihan
lasak untuk aktiviti yang mencabar seperti
abseiling, merempuh halangan dan ujian ketabahan.
Di samping itu turut menyediakan kemudahan
latihan termasuk chalet, bilik seminar, dewan
besar, surau dan medan B.B.Q. |
|
|
| |
 |
Company News |
|
| |
|
|
| |
| [09 Apr 10] :: Terima Kasih Warga Kementerian Luar Negeri- AKRAB-Masakan Amat sedap!!!! |
Pada 18hb Mac hingga 21hb Mac, warga kerja KLN di bawah Pengurusan Sumber Manusia (PSM) telah mengadakan kursus selama 4 hari 3 malam di PD Sanctuary Apartment. Kursus ini diadakan dibawah kelolaan En. Amran iaitu Pegawai Psikologi untuk ahli-ahli AKRAB di KLN.
Berdasarkan respon yang kami dapat mengenai layanan, persekitaran, makanan, serta lain-lain hal, rata-rata peserta kursus berpuashati terutama sekali tentang penyediaan makanan (ITULAH KEKUATAN KAMI DI PDS).
Jadi, bagi mereka yang ingin merasa keenakan masakan kampung di tempat kami..jangan buang masa..cubalah datang ke sini.. | |
posted on 09 Apr 10 @ 20:37
back to news
|
|
|
|
|