PDS RESORT & CAMP SDN. BHD.  
   
 

Terletak bersebelahan dengan laut, pengunjung yang cintakan suasana kedamaian, ketenangan dan kelainan pasti akan tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan di sini. Tiga jenis penginapan yang ditawarkan di sini iaitu apertment jenis studio, satu bilik dan dua bilik memberikan lebih pilihan, sesuai dengan keperluan anda.

Bagi yang ingin mengadakan mesyuarat atau seminar, tersedia bilik seminar yang boleh menampung hingga 80 peserta. Selain dari kemudahan asas yang ditawarkan bagi sebuah resort aprtment, keunikan yang ketara di sini ialah pihak resort turut menawarkan kolam mandi berasingan di antara lelaki dan wanita. Kolam mandi wanita direka khusus dengan pagar tembok kayu yang tinggi supaya dapat memberikan suasana privasi yang sering diingini oleh kebanyakan pengunjung wanita. Untuk beriadah di waktu petang pula, kawasan lapang yang ada turut menyediakan gelanggang untuk bola tampar, bola jaring dan sepak takraw.

 
 

 
 

Untuk berkayak juga anda boleh menikmatinya di kawasan kolam yang terletak berdekatan dengan apartment. Untuk kaki pancing, percutian bersama pasti tidak menghampakan kerana sungai Linggi atau terusan-terusab kecil yang berdekatan menawarkan tapak memancing yang sesuai. Hanya bakat dan tuah badan yang bakal menghasilkan tangkapan lumayan.Beroperasi di dalam kawasan Hutan simpan Pasir Panjang, tempat yang dahulunya amat terkenal di kalangan pegawai kerajaan sebagai Kem Membina Semangat, antara lain menyimpan kenangan di mana Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah menjalani latihan di sini. Kini, walaupun pembangunan pesat di sekitar Port Dickson kawasan ini masih terpelihara dan dikawal oleh Jabatan Hutan, ia juga merupakan lokasi perkhemahan yang popular manakala teluknya sering digunakan untuk aktiviti berkayak dan berakit.

 
     
 

 
     
 

PDS Resort & Camp juga turut menawarkan pakej cabaran yang menarik untuk kakitangan swasta dan kerajaan, para pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi. Terdapat arena latihan lasak untuk aktiviti yang mencabar seperti abseiling, merempuh halangan dan ujian ketabahan. Di samping itu turut menyediakan kemudahan latihan termasuk chalet, bilik seminar, dewan besar, surau dan medan B.B.Q.

 
  Company News  
     
 
[14 Apr 10] :: Dewan Besar Ixora 4 -Mampu Menampung 220 orang peserta
Baru-baru ini,pada 09hb Apr 2010 hingga 12hb April 2010 satu Bengkel Pemilihan Pelajar 2010 Anjuran Yayasan Telekom Malaysia telah diadakan di PD Sanctuary Apartment, Tg. Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Anggaran peserta termasuk urusetia adalah seramai 150 orang kesemuanya. Secara kebetulan, dewan seminar ixora 4 baru sahaja siap dan peserta yayasan TM adalah peserta pertama yang menggunakan kemudahan baru ini. Secara amnya, dewan seminar ini mampu menampung seramai 220 orang.

"DEWAN SEMINAR IXORA 4 - SUATU PEMBAHARUAN DI PDS!!!!!!"

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mencari tempat seminar atau kursus-kursus yang mempunyai peserta seramai 200 orang-DI SINILAH TEMPATNYA!!!! smilie for :D
posted on 14 Apr 10 @ 12:08 back to news
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

All Right Reserved©2003 PD Sanctuary Resort