| |
Terletak bersebelahan dengan laut, pengunjung yang
cintakan suasana kedamaian, ketenangan dan kelainan pasti akan
tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan di sini. Tiga jenis
penginapan yang ditawarkan di sini iaitu apertment jenis studio,
satu bilik dan dua bilik memberikan lebih pilihan, sesuai dengan
keperluan anda.
Bagi yang ingin mengadakan mesyuarat atau
seminar, tersedia bilik seminar yang boleh menampung hingga 80
peserta. Selain dari kemudahan asas yang ditawarkan bagi sebuah
resort aprtment, keunikan yang ketara di sini ialah pihak resort
turut menawarkan kolam mandi berasingan di antara lelaki dan wanita.
Kolam mandi wanita direka khusus dengan pagar tembok kayu yang
tinggi supaya dapat memberikan suasana privasi yang sering diingini
oleh kebanyakan pengunjung wanita. Untuk beriadah di waktu petang
pula, kawasan lapang yang ada turut menyediakan gelanggang untuk
bola tampar, bola jaring dan sepak takraw. |
|
| |
 |
|
| |
Untuk berkayak juga anda boleh
menikmatinya di kawasan kolam yang terletak berdekatan
dengan apartment. Untuk kaki pancing, percutian bersama
pasti tidak menghampakan kerana sungai Linggi atau
terusan-terusab kecil yang berdekatan menawarkan tapak
memancing yang sesuai. Hanya bakat dan tuah badan yang
bakal menghasilkan tangkapan lumayan.Beroperasi di dalam kawasan
Hutan simpan Pasir Panjang, tempat yang
dahulunya amat terkenal di kalangan pegawai
kerajaan sebagai Kem Membina Semangat, antara
lain menyimpan kenangan di mana Perdana Menteri
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah
menjalani latihan di sini. Kini, walaupun
pembangunan pesat di sekitar Port Dickson
kawasan ini masih terpelihara dan dikawal oleh
Jabatan Hutan, ia juga merupakan lokasi
perkhemahan yang popular manakala teluknya
sering digunakan untuk aktiviti berkayak dan
berakit. |
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
PDS Resort & Camp juga turut menawarkan
pakej cabaran yang menarik untuk kakitangan
swasta dan kerajaan, para pelajar sekolah dan
pusat pengajian tinggi. Terdapat arena latihan
lasak untuk aktiviti yang mencabar seperti
abseiling, merempuh halangan dan ujian ketabahan.
Di samping itu turut menyediakan kemudahan
latihan termasuk chalet, bilik seminar, dewan
besar, surau dan medan B.B.Q. |
|
|
| |
 |
Company News |
|
| |
|
|
| |
| [06 Apr 10] :: IXORACE- suatu permainan baru di PDS |
| Bagi memenuhi keperluan pelanggan kami, pihak PD Sanctuary Apartment & Training Camp telah mula memperkenalkan satu permainan baru atau lebih kepada management games iaitu [...continue] |
| [20 Mar 09] :: Selamat Datang Kepada Pelatih PLKN ke Kem PDS Resort, Port Dickson |
SATU HASRAT SATU SEMANGAT SATU TEKAD
Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan "Selamat Datang" kepada pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 6 bagi tahun 2009 ke kem [...continue] |
| [13 Mar 09] :: Ketika Cabaran Semakin Hebat Usaha Mereka Semakin Tekad |
Dapatkan kemunculan iklan kami Akhbar Sinar setiap sabtu bermula 14 Mac, 21 Mac, 28 Mac dan 4 April 2009
Dapatkan segala info disana.... |
|
|
|
|